Kontroversi Studio Sembang

Studio Sembang menjadi subjek kontroversi dan kecaman apabila ia didakwa membuka aib tetamu undangannya dalam setiap episod yang disiarkan. Amelia dalam satu temubual bersama Kosmo! mendedahkan setiap kandungan yang dirakamkan menjalani proses suntingan bersama mereka yang terlibat termasuk artis atau tetamu jemputan.[3][5]

Tetamu jemputan siniar ini, Janna Nick menerima kecaman warganet kerana dikatakan telah memberikan pendapatnya yang agak mengguris hati orang ramai tentang isu keseimbangan kerja-kehidupan dalam salah satu episod siniar ini, "Everything Everywhere" yang disiarkan pada 30 Mac 2023. Dalam episod itu, Janna antara lain dikatakan membandingkan kejayaan dirinya dengan orang lain selain dilihat seolah-olah mempersendakan individu yang mahu mengamalkan kaedah itu. Amelia menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitternya, kemudian menjelaskan bahawa Janna tidak menggelakkan mana-mana pihak yang mahukan kaedah keseimbangan kerja-kehidupan. Menurutnya, Janna dikatakan hanya ketawa apabila teringat semula kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh dirinya untuk membolehkan pelakon itu mencapai keseimbangan tersebut.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Studio Sembang https://syor.com/amelia-henderson-cerita-mengenai-... https://www.getaran.my/artikel/selebriti/38080/say... https://www.kosmo.com.my/2023/02/20/podcast-buka-a... https://www.hotfm.audio/ini-reaksi-amelia-henderso... https://www.audacy.com/podcast/studio-sembang-51c5... https://open.spotify.com/show/1CCi2xdU26GoKixjdpHh... https://iamlejen.com/podcast-studio-sembang-anggap... https://www.therakyatpost.com/trpbm/viral/2023/04/... https://hype.my/2023/322781/she-made-us-wait-for-4... https://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anug...